Permohonan Pemberimilikan Tanah Secara Tender / Jualan Terus Mengikut Pekeliling PTGS 6/2010

PEMBERIMILIKAN TANAH
Melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa

JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON
Semua Tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor, KECUALI:

  • Tanah Milik
  • Tanah Rizab
  • Tanah Lombong
  • Tanah Simpan

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia selain remaja
  2. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
  3. Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
  4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing

KATEGORI/TUJUAN PERMOHONAN TANAH

  1. Bangunan Perniagaan
  2. Industri

BAGAIMANA MEMOHON
Permohonan di Pejabat Tanah Daerah di mana tanah itu terletak.

CARA MEMOHON

Individu

  1. Isi borang Jadual 1(NCL 53-Pin 1/86) dan borang BUTIR-BUTIR DIRI PEMOHON dengan lengkap (2 salinan)
  2. Pelan Tapak (2 salinan)
  3. Bayaran permohonan

Permohonan Syarikat

  1. Isi borang Jadual 1(NCL 53-Pin 1/86) dan borang butiran syarikat/perbadanan/pertubuhan dengan lengkap (2 salinan)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat/bagi pertubuhan (salinan undang-undang tubuh disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
  3. Borang 49 dan 24 terkini diperoleh daripada Pendaftar Syarikat
  4. Pelan Tapak (2 salinan)
  5. Bayaran permohonan.

Nota
Jika melibatkan tanah simpanan Melayu hendaklah syarikat/Pertubuhan tersebut bertaraf Melayu dan tersenarai dalam Jadual Ketiga yang terdapat di PTG mengikut Enakmen Rizab Melayu (FMS Cap 142). Borang -borang hendaklah ditandatangani oleh salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah dan disertakan Cop Rasmi Syarikat/Pertubuhan.

FI PERMOHONAN

  • Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah

KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN

  • Mengikut Kaedah Tanah Selangor

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Melayu